Sunday 6 September 2009

Gambar-gambar selepas Iftar Kusess99

Salam semua,

Terima kasih diucapkan kerana kehadiran anda semua malam tadi. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat berkumpul semula beramai2 setelah lama tak berjumpa. Ya, kita menantikan gambar-gambar yang rasmi daripada jurufoto tidak rasmi kita iaitu saudara Ezal.

Juga di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah iaitu saudara Ezal kerana sudi beliau meluangkan masa mengambil 4 buah meja utk kita semua. Sungguh berbaloi makan-makan semalam kecuali mee kari kerana kuah karinya tawar :P

Kepada sesiapa yg tidak sabar untuk menanti gambar daripada saudara Ezal, maka di sini ada saya letakkan gambar daripada kamera saudara Azman, P-ja Samsir, Hanif dan Ezal.



http://www.facebook.com/album.php?aid=120437&id=688245772 (kamera Ezal)

Mungkin selepas ini ada Open House raya? ok, siapa yang nak jadi host buat julung-julung kalinya? :P

Terima kasih semua.

Sunday 23 August 2009

Kusess99! Berbuka Puasa! JOM!

Kusess99! Jom berbuka puasa!

6hb Sept 09 (Ahad)
Kelab Equestrian Putrajaya
(Berkumpul 6:00pm)
RM32 satu kepala (dewasa) dan RM16 (kanak-kanak).
Contact: Johari @ 0162315025

Sile reply kepada JOHARI RAHMAD dan nyatakan sama ada anda mahu datang atau tidak. Sila nyatakan juga jika membawa pasangan mahupun zuriat. Reply kepada saya yg berambut megi ini segera utk memudahkan saya membuat tempahan. Terbuka kpd semua ex-Kusess 99! TQ ;)

Monday 20 July 2009

Jemputan ke Majlis Nazri Md Akim (5 Intan)

Hi,

You all are cordially invited to my wedding ceremony this coming July.All info with regards to the wedding are available in the website below.

Kindly do provide me with your mailing address if you wish to get the hard copy invitation card. Thank you and cheers


General direction to Tan's house:

A) Menghala ke Pekan Banting
B) Lepas Jambatan,(semua org akan lalu jambatan ini sebelum sampai pekan Banting, terus je sampai ada nampak KFC sebelah kiri (sebelum itu akan nampak gak KFC belah kanan pasal kat banting ada dua KFC) terus jer sampai ada traffic light and ada simpang tiga. Depan traffic light ada kedai barang eletrik ONKING, kalau nak beli hadiah boleh beli kat sini, kalau tak nak , kat traffic light tu masuk kiri.
C) Jalan terus, dalam 2 minit akan lalu Balai Polis banting yang besar dan belum siap dibina, depan balai polis ada traffic light, buat tak tahu jer, jalan terus.
D) lepas balai polis akan lalu Hospital belah kanan, terus hingga jumpa traffic light seterusnya (dekat jer) Before traffic light ni ada petronas kalau nak isi minyak. Pada yang tak tahu, depan sikit traffic light disebelah kanan ada rumah dengan tugu Shuttle Cock badminton, ni rumah Haji Sidek, bapa kepada Rashid Sidek, pemenang Pingat gangsa, Sukan Olimpik di Athens (aku rasa la)
E) Kat traffic light terus jer, akan masuk Kampung Kanchong Darat, Kampung terbaik Malaysia tahun 1990 dan tahun 2000, Jalan terus sampai jumpa Petronas kedua (kali ini petronas di sebelah kiri anda) perlahankan kereta pada kelajuan 32 KM / Jam , akan nampak Masjid sebelah kanan sebelum Masjid tue ada simpang, so masuk la kanan.
F) Ni dah masuk kawasan kampung, so bawak slow slow
G) Dah masuk tue, jalan, maybe korang akan ada perasan simpang pertama (dulu takder, patut rumah aku la simpang pertama), tapi jalan dia kecik and bukan simpang rasmi...so terus jer (kat sini ada tadika sebagai landmark)
H) Terus sampai nampak macam Jambatan, kat sebelah kiri ada sebuah rumah yang mempunyai halaman rumah yang sangat luas, Ni rumah Juru Nikah area kanchong darat, tak yah la gi rumah dia....Sebelum Jambatan ada simpang, masuk la kiri. Teruskan perjalanan sampai anda nampak rumah warna kuning, tangga warna biru , and ada khemah beserta orang ramai ramai...rasanya itu la rumah aku. So jemput la masuk :)

If youre coming from Damansara Utama:

Kalau dari UPTOWN DU, heading to Subang and Masuk KESAS highway. Terpulang la korang nak masuk lalu depan summit atau lepas tol sunway....nak jimat, masuk subang...keluar kat exit summit menghala shah alam / klang

teruskan perjalanan sampai nampak exit Klang / Banting ( agak agak lima minit lepas tol rm 2.20)
Kalau ke kiri pergi banting, ke kanan ke klang...gi la kiri.....(dari sini nak sampai banting dalam 25 minit jer + - la


Korang jalan terus....agak agak lima belas minit ...korang akan lalu Kilang NEC dan KILANG TOSHIBA belah kanan...kalau kat situ dah separuh jalan la... Teruskan jalan...

Nanti akan satu time korang akan lalu mini roundabout....kat satu pekan nie....roundabout tu cuma ada pukul 12, pukul 3 and pukul 9....ada 3 exit jer...kalau korang terus...akan ke pulau carey...jgn masuk situ....masuk kiri (pukul 9) itu akan membawa korang ker banting...

Korang akan tahu korang dah sampai pekan banting bila korang tiba tiba lalu atas jambatan yang agak besar...lalu satu sungai yg besar....and lepas jembatan akan lalu pekan (itu lah pekan banting) jalan sikit depan belah kiri ada banyak pump station

Selepas Jambatan , sebelum masuk pekan ada traffic light....belah kanna ada papan iklan besar....sah la tue banting ...depan sikit akan nampak WISMA MDKL belah kanan dan ada KFC dekat situ (KF first belah kanan)
lepas tu follow direction nie

B) Lepas Jambatan,(semua org akan lalu jambatan ini sebelum sampai pekan Banting, terus je sampai ada nampak KFC sebelah kiri (sebelum itu akan nampak gak KFC belah kanan pasal kat banting ada dua KFC) terus jer sampai ada traffic light and ada simpang tiga. Depan traffic light ada kedai barang eletrik ONKING, kalau nak beli hadiah boleh beli kat sini, kalau tak nak , kat traffic light tu masuk kiri.
C) Jalan terus, dalam 2 minit akan lalu Balai Polis banting yang besar dan belum siap dibina, depan balai polis ada traffic light, buat tak tahu jer, jalan terus.
D) lepas balai polis akan lalu Hospital belah kanan, terus hingga jumpa traffic light seterusnya (dekat jer) Before traffic light ni ada petronas kalau nak isi minyak. Pada yang tak tahu, depan sikit traffic light disebelah kanan ada rumah dengan tugu Shuttle Cock badminton, ni rumah Haji Sidek, bapa kepada Rashid Sidek, pemenang Pingat gangsa, Sukan Olimpik di Athens (aku rasa la)
E) Kat traffic light terus jer, akan masuk Kampung Kanchong Darat, Kampung terbaik Malaysia tahun 1990 dan tahun 2000, Jalan terus sampai jumpa Petronas kedua (kali ini petronas di sebelah kiri anda) perlahankan kereta pada kelajuan 32 KM / Jam , akan nampak Masjid sebelah kanan sebelum Masjid tue ada simpang, so masuk la kanan.
F) Ni dah masuk kawasan kampung, so bawak slow slow
G) Dah masuk tue, jalan, maybe korang akan ada perasan simpang pertama (dulu takder, patut rumah aku la simpang pertama), tapi jalan dia kecik and bukan simpang rasmi...so terus jer (kat sini ada tadika sebagai landmark)
H) Terus sampai nampak macam Jambatan, kat sebelah kiri ada sebuah rumah yang mempunyai halaman rumah yang sangat luas, Ni rumah Juru Nikah area kanchong darat, tak yah la gi rumah dia....Sebelum Jambatan ada simpang, masuk la kiri. Teruskan perjalanan sampai anda nampak rumah warna kuning, tangga warna biru , and ada khemah beserta orang ramai ramai...rasanya itu la rumah aku. So jemput la masuk :)

If youre coming from Kajang:

Kalau dari Kajang ada dua option

Satu kau lalu UKM and menghala ke Dengkil
Dua kau lalu Putrajaya & Cyberjaya ikut signboard menghala ke dengkil


Kat pekan dengkil

a) Kalau lalu UKM kau akan sampai simpang Tiga...masuk kiri..pas tue akan lalu masjid
b) kalau lalu putrajaya, kat simpang tiga yang sama masuk kanan...pas tue akan lalu masjid

teruskan perjalanan (straight jer) dan dalam masa 20 minit akan lalu tesco banting
jalan terus sampai jambatan

) Lepas Jambatan,(semua org akan lalu jambatan ini sebelum sampai pekan Banting, terus je sampai ada nampak KFC sebelah kiri (sebelum itu akan nampak gak KFC belah kanan pasal kat banting ada dua KFC) terus jer sampai ada traffic light and ada simpang tiga. Depan traffic light ada kedai barang eletrik ONKING, kalau nak beli hadiah boleh beli kat sini, kalau tak nak , kat traffic light tu masuk kiri.
C) Jalan terus, dalam 2 minit akan lalu Balai Polis banting yang besar dan belum siap dibina, depan balai polis ada traffic light, buat tak tahu jer, jalan terus.
D) lepas balai polis akan lalu Hospital belah kanan, terus hingga jumpa traffic light seterusnya (dekat jer) Before traffic light ni ada petronas kalau nak isi minyak. Pada yang tak tahu, depan sikit traffic light disebelah kanan ada rumah dengan tugu Shuttle Cock badminton, ni rumah Haji Sidek, bapa kepada Rashid Sidek, pemenang Pingat gangsa, Sukan Olimpik di Athens (aku rasa la)
E) Kat traffic light terus jer, akan masuk Kampung Kanchong Darat, Kampung terbaik Malaysia tahun 1990 dan tahun 2000, Jalan terus sampai jumpa Petronas kedua (kali ini petronas di sebelah kiri anda) perlahankan kereta pada kelajuan 32 KM / Jam , akan nampak Masjid sebelah kanan sebelum Masjid tue ada simpang, so masuk la kanan.
F) Ni dah masuk kawasan kampung, so bawak slow slow
G) Dah masuk tue, jalan, maybe korang akan ada perasan simpang pertama (dulu takder, patut rumah aku la simpang pertama), tapi jalan dia kecik and bukan simpang rasmi...so terus jer (kat sini ada tadika sebagai landmark)
H) Terus sampai nampak macam Jambatan, kat sebelah kiri ada sebuah rumah yang mempunyai halaman rumah yang sangat luas, Ni rumah Juru Nikah area kanchong darat, tak yah la gi rumah dia....Sebelum Jambatan ada simpang, masuk la kiri. Teruskan perjalanan sampai anda nampak rumah warna kuning, tangga warna biru , and ada khemah beserta orang ramai ramai...rasanya itu la rumah aku. So jemput la masuk :)

Apa apa hal pun
Alamat rasmi rumah aku nie adalah
Lot 950 , Jalan Masjid, Lorong Satu Kanan, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting Selangor
No telefon aku +6012 632 3005...ini bukan no baru...aku dah pakai no nie since August tahun lepas.

Jemput datang beramai ramai

Thursday 9 July 2009

Album Kawin Tan @ Facebook

Kepada yang mencari gambar-gambar beliau, boleh la ke facebook

Sunday 5 July 2009

Majlis Resepsi Buden 5 Delima

Walimatul Urus,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Semua.

Sekapur Sirih Seulas Pinang,
Semekar Senyuman Seikhlas Hati,
Dengan rasa penuh Kesyukuran Kami mengundang
Dato'/Datin/ Tuan/Puan/ Encik/Cik/ Cikgu/Doktor/ Peguam/Ayah/ Ibu:

Seantero Batch KUSESS 99

Suami/Isteri sekeluarga dan pasangan masing-masing ke majlis
perkahwinan kami:

MOHD KHAMARUL ARIFF B. LAHBUDIN
dengan pasangan
NORASHIKIN BT. MOHD THAIR

Pada Hari : Sabtu, 18 Julai 2009
Bersamaan : 25 Rejab 1430 H

Bertempat di: Dewan Jubli Intan Batu Pahat, Jalan Omar, 83000 Batu Pahat, Johor.

Atucara Majlis : Jamuan Makan (11.00a.m - 5.00p.m)
Bersanding : (1.30p.m)

Bunga Mawar Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Berkembang Kasih Menabur Budi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Menyeri,
Doakan Mempelai Diberkati Ilahi.

Tuesday 19 May 2009

P-Ja 5 Delima Menjemput Anda ke Masjid Binaan Beliau

Kawan-kawan sekalian,

Kali ini, giliran P-ja pula mendirikan rumahtangga. Nampak gayanya, bulan 5 dan 6 merupakan antara bulan yang terhangat untuk membuat masjid yah?

Saya ingin menjemput kawan2 sekeluarga ke majlis perkahwinan saya pada 31.5.09 di Ampang. -kata beliau yang pernah terserempak dengan Johari (sayalah!) di bangunan KPMG di Bandar Utama

Tahniah P-ja! ;)


Tuesday 12 May 2009

Emy Nazari (5 Intan) juga mahu menuruti Sunnah Rasul

Assalammualaikum kawan-kawan semua..

Saya, Emy Bin Nazari mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa
insyaAllah saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Siti Nor Aien Bt
Mohd Darus pada hari sabtu, 23 Mei 2009 di rumah kediaman ibu bapa
saya di alamat Lot 10086-D Tepi Klinik Desa, Jln Dato Mohamad Kg
Selabak, 36000 Teluk Intan Perak. Majlis pernikahanan akan berlangsung
di sebelah pihak perempuan yakni di Tanjong Karang, Selangor, seminggu
sebelum tarikh tersebut.

Dengan ini, kami menjemput anda serta ahli keluarga anda ke majlis
perkahwinan kami bagi memeriahkan majlis yang akan diadakan tersebut.

Sekian Assalammualaikum.
Emy

Sunday 10 May 2009

Nadia (5 Berlian) Wedding

Salam/Hi all,

You're cordially invited to celebrate the wedding ceremony between me & badrul on 6th of June 2009.the details;

Date: 6th june
Venue: Kompleks Kraf Kuala Lumpur,Jalan Conlay, KL
Time: 11 am - 4 pm

Kindly email, sms (017-6083958) your home address so we can post the invitation card.
Many thanks & hope you can make it to our wedding


Regards,
Nadia & Badrul

Wednesday 6 May 2009

Kerol (5 Delima) nak kawin !!

Assalamualaikum kepada semua,

Di sini saya mahu menjemput & mengalu-alukan kepada semua warga KUSESS99 untuk menghadirkan diri pada Majlis Walimatul Urus saya seperti berikut :

Hari : AHAD
Tarikh : 31 MEI 2009 / 6 Jamadil Akhir 1430H Lokasi : Dewan AU2, Keramat





Keterangan lanjut tentang lokasi anda buleh merujuk kepada attachment yang telah saya upload bersama-sama dengan jemputan ini.

Jika terdapat sesiapa yang mahu personal invitation @ mahu membuat kad saya sebagai personal collection buleh lah menghubungi saya di nombor yang tertera seperti di bawah. Terima kasih.


Khairul Fadzly Shamsudin
012 - 6216162

Monday 20 April 2009

Temu Bual Aku dalam Majalah Tunas Cipta Mei 2009

Telefon aku menjerit ketika aku sedang mengemudi kenderaan beroda empat berkuasa 1000cc aku menuju ke Shah Alam. Sebagai seorang jejaka yang tidak menghiraukan keselamatan poket (manalah tahu jika ada polis sedang memerhati), terus aku melihat siapa di hujung talian.

Ayah. 
Ok, bukan private number. Ingatkan orang mintak hutang.

Tet!

"Halo anakku sayang!"
"Ya, ayahandaku manja!"
"Anakanda pulang tak malam ni?"
"Tidak ayahanda, anakanda ada urusan duniawi untuk dilangsaikan. Gerangan apa?"
"Ohh.. tidak mengapalah. Ni, ayahanda nak ingatkan. Anakanda dapat jemputan ke Dewan Bahasa ni. Balik la ambil kad undangan ya?"

Dewan Bahasa  hantar kad undangan? Wow!

"Ok ayahanda! Akan diusahakan!"
"Baiklah, cau cin cau..!"

(Perbualan di atas terpaksa dipesong untuk tujuan tertentu. Tiada hidupan yang terbunuh ketika pesongan diadakan)

Maka, keesokkan harinya aku pulang ke rumah. Benar, terdapat envalope besar di atas meja tertulis nama aku. Aku buka kad undangan yang terdapat di dalamnya. Oh, jemputan ke Majlis Pelancaran Wajah Baharu Majalah Terbitan DBP bertempat di PWTC pada hari Rabu 22hb April. Mohon RSVP segera.

Baiklah!

Berserta itu, terdapat juga majalah Tunas Cipta keluaran Mei 2009 dan sehelai lagi surat rasmi bertajuk "PENGHARGAAN SEBAGAI PENYUMBANG MAJALAH TUNAS CIPTA". Eh, berdasarkan 2 karya aku yang lepas (Sajak Cinta Kimia dan Sedikit Biologi sertaCerpen Indera Panji Dilanggar Todak), aku sekadar menerima cek apabila karya aku disiarkan di majalah Tunas Cipta. Tapi kali ini berbeza sedikit. 

Aku menyumbang apa?

Aku selak majalah Tunas Cipta itu sehelai demi sehelai sampai aku berhenti dengan agak lama di halaman 6. Kemudian aku tersenyum sendirian.




Temu bual aku seperti yang Bonda Aini janjikan sudah terbit. Alhamdulillah.



Terima kasih DBP! Terima kasih Bonda Aini! Terima kasih Kapasitor! 



(versi selamba)
1. Gila tak sangka! Tetibe ada muka aku dalam majalah! wow!
2. Sebenarnya aku rasa rendah diri weh.. aku bukan ada background dalam sastera @ penulisan ni.
3. Aku harapkan akan ada ramai lagi orang dari Kapasitor yang dapat menjinakkan diri dalam Tunas Cipta. 
4. Kalo korang nak tau apa komen aku tentang DBP, apa pendapat aku tentang karya popular dan karya serius dan visi aku pada pengkarya internet.. maka korang kena beli majalah ni.

Monday 2 March 2009

Apa?? Hanif Mohd Nor nak kawin?? TIPUU!!!

Salam semua,

Merujuk kepada tajuk tersebut, saya dengan ini mengaku bahawa saya
sengaja meletakkan tajuk yang tidak betul bukan kerana mahu memalukan
beliau tetapi mahu membawa perhatian anda kepada 2 majlis penting
sahabat kita:

1. Majlis Perkahwinan Nor Izwan Affandee (Kepada yang tidak kenal,
nama samaran baliau adalah Bendu, ketua Pasukan Pengakap) pada:

SABTU, 14 MAC 2009 di Tasek Gelugor Penang.

2. Majlis Perkahwinan Khairul Shafiq (Kepada yang lupa, nama
timang-timangan beliau adalah Bang Chaq; beliau gemar memusing2kan
buku di hujung jari :P) pada:

AHAD, 15 MAC 2009 di Taiping Perak.

Jom kita ayuh konvoi menuju utara.. "btul btul btul!" (tiru Ipin)

Monday 26 January 2009

Majlis Ulang Tahun Kapasitor ke-4 @ 31 Januari 09

Mempunyai masa lapang pada hujung bulan Januari ini? Apa kata datang ke majlis ulangtahun Kapasitor ke-4 pada:

Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10pagi - 6petang
Masuk: PERCUMA

Pelbagai acara menarik seperti bengkel penulisan daripada Serunaifaqir (pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Exxon Mobil 2006-2007) dan Epri Tsaqib (penulis "Ruang Lengang" dari Indonesia). 

Juga, terdapat pameran lukisan, puisi-puisi kreatif dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, persembahan puisi akustik, deklamasi sajak, persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi dan The Bagpiperz dan banyak lagi.Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan diharap dapat mengambil kesempatan dengan menghadirkan diri dalam majlis ini.

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.kapasitor.net/klik/ulangtahun/ atau http://www.kapasitor.net/